Wednesday 30 November 2011

Kisah Sang Kancil dengan Monyet




Moral : Kita hendaklah mendengar nasihat yang diberikan supaya kita selamat.

Kisah Bangau dengan Musang

Seekor bangau dan seekor musang tinggal dalam sebuah hutan. Mereka berkawan baik. Mereka tidak pernah bergaduh.  Mereka saling membantu. Pada suatu hari, musang terfikir untuk mengajak bangau ke rumahnya.

Dia ingin menjamu sahabatnya. “ sang bangau, jemputlah datang ke rumahku. Aku ingin menjamu kamu dengan makanan yang enak.” Bangau bersetuju. Di rumahnya, musang menyediakan makanan dalam dua pinggan leper. “jemputlah masuk. Makanan sudah sedia.


Marilah kita makan,” kata musang. Bangau cuba menghirup makanan itu dengan paruhnya Makanan itu tidak dapat dihirup. Berkali kali di cuba tetapi gagal. Bangau melihat musang makan sehingga habis. Bangau pula masih tidak dapat makan. Bangau sangat kecewa. Dia merasa musang menipunya. Bangau ingin balik. Dia ucapkan terima kasih kepada sahabatnya.

Pada minggu yang berikutnya, bangau menjemput pula musang kerumahnya. “ aku ingin pula menjamu kamu dengan makanan yang sedap, kata bangau. Musang menerima pelawaan bangau. Dia datang ke rumah bangau. Dia sangat lapar. Bangau telah menyediakan makanan dalam dua buah takar. Makanannya berbau enak. “jemputlah makan,” kata bangau. “terima kasih,”kata musang.

Bangau dan musang mula makan. Bangau masukkan paruhnya ke dalam takar dan menyedut makanan. Musang tidak dapat menghirup makanan dalam takar itu. Musang amat kecewa kerana lapar. Dia meninggalkan rumah bangau.

Moral : hormatilah adat resam orang lain

Lawatan ke rumah Warga Emas

Sebelum cuti sekolah baru-baru ini, sekolah kami telah mengadakan lawatan ke Rumah Sinar Harapan di Kampung Tasek Bukit Payong. Mudah-mudahan lawatan seperti ini akan mengeratkan lagi kasih sayang kepada kedua ibu bapa mereka.

Sunday 27 November 2011

Berhibur Bersama Maher Zain

Rehatkan minda sambil mendengar lagu ini....







Belajar Agama Bersama Ustaz Azhar Idrus

Cuba dengar dan amalkan apa yang Ustaz sampaikan.......





Marilah Belajar Peribahasa





Membaca bersama Upin dan Ipin (video)

Marilah kita ikuti video bersama Upin dan Ipin dalam episod  "Seronoknya Membaca"

Bahagian 1


Bahagian 2


Bahagian 3


Pengajaran Cerita

1. Jangan sesekali menghina insan lain yang serba kekurangan kerana kelak dia mungkin akan menjadi lebih baik dari kamu kerana usaha kerasnya.
2. Kita janganlah berasa sombong dan bongkak atas kelebihan yang kita ada. Jadilah manusia yang sering merendah diri.
3. Jika ingin melakukan sesuatu, lakukanlah dengan tekun dan jangan leka jika sudah berjaya dipertengahan jalan kerana belum pasti kamu akan berjaya sehingga ke saat akhir.
4. Walaupun anda mungkin seorang yang tidak dikurniakan kehebatan dan bakat, anda boleh menjadi seseorang yang berjaya jika anda terus berusaha tanpa kenal penat dan jemu.

Friday 25 November 2011

KATA NAMA


KATA NAMA

Kata nama ialah kata yang merujuk kepada manusia, binatang, tempat, benda, dan sebagainya. Kata nama digolongkan kepada tiga kumpulan iaitu

a) Kata Nama Am
b) Kata Nama Khas
c) Kata Ganti Nama


Kata Nama Am
Kata Nama Am digunakan bagi merujuk kepada benda, orang, tempat, jawatan atau pangkat.



Kata Nama Am
Contoh
Contoh Ayat
Benda
kereta, televisyen, buku, komputer
1.Saya ada sebuah komputer.
2. Kereta itu bergerak laju.
Orang/manusia
Doktor, peguam, penulis, arkitek
1.Peguam itu bijak.
2.Dia arkitek.
Haiwan
Kucing, harimau, naga, kuda
1.Kuda berlari pantas.
2.Itu kucing saya.
Tempat
Kampung, padang, dewan, bandar
1.Kampung itu terletak jauh  
   dari sini.
2.Dewan itu besar.



Kata Nama Khas
Kata Nama Khas digunakan untuk menerangkan benda yang benyawa dan tidak bernyawa. Contoh-contohnya nama manusia, binatang, benda, tempat dan lain-lain.

Kata Nama Khas
Contoh
Contoh Ayat
Benda
Proton waja, Parker, Casio, Toyota
1.Jam Casio itu cantik.
2. Proton Waja kereta buatan negara kita.
Orang/manusia
Jefri, Amin, Mak Cik Limah, Pak Malau
1.Pak Malau menghalau  
   lembu.
2.Amin seorang guru.
Haiwan
Si Tompok, Sang Belang, Si Putih
1.Si Tompok mengejar tikus.
2.Sang Belang sangat garang.
Tempat
Malaysia, Johor, Kuala Lumpur
1.Ibu negara Malaysia ialah
   Kuala Lumpur.
2.Saya berasal dari Johor.
Jawatan
Leftenan Muda, Perdana Menteri, Menteri Besar Johor
1.Abang saya berjawatan
   Leftenan Muda dalam
   tentera.

KATA GANTI NAMA DIRI

Kata Ganti Nama Diri
Kata ganti nama diri ialah kata yang digunakan untuk menggantikan kata nama bagi orang.
Kata ganti nama diri dapat digolongkan kepada tiga bentuk iaitu:
1.       Kata ganti nama diri pertama
2.       Kata ganti nama diri kedua
3.       Kata ganti nama diri ketiga

Kata Ganti Nama Diri Pertama
Kata ganti nama diri pertama digunakan untuk menggantikan nama orang yang bercakap.
aku
saya
beta
patik
hamba
kami
kita


Bentuk
Penggunaan
Contoh Ayat
Tunggal


Aku
Sewaktu bercakap dengan rakan atau berdoa kepada tuhan.
1. Aku berlindung pada-Mu, Tuhan.
2.”Berikan aku pen itu,” kata Ah  
    Cong kepada Ramu.
Saya
Sewaktu bercakap dalam majlis rasmi atau dengan orang yang baru dikenali.
1.Terima kasih saya ucapkan kepada tuan-tuan sekalian.
2.Nama saya Suzana.
Beta
Sewaktu raja atau sultan bertitah kepada rakyat.
1. Beta murka dengan kelakuan tuan hamba.
2.Beta mahu beradu.
Patik
Sewaktu golongan bawahan bercakap dengan raja.
1.Ampun Tuanku,sembah patik harap diampun.
2.Patik datang membawa sembah
   daripada negara jiran, Tuanku.
Hamba
Digunakan sebagai kata ganti nama diri sendiri pada zaman dahulu.
1.Siapakah gerangan tuan Hamba.
2.Hamba seorang tukang kayu.



Kami
Mewakili pihak yang ramai apabila bercakap dengan orang lain.
1.Pasukan kami telah menjadi johan.
2.Kami sekeluarga pergi ke Kuantan.
Kita
Digunakan kepada diri sendiri dan orang yang dilawan bercakap.
1.Kita rakyat Malaysia.
2.Di manakah kita sekarang?