Thursday 27 October 2011

Latihan Bahasa Melayu kertas 2

Assalamualaikum wrb.
Kepada murid tahun 5 SK Paya Bunga,  sila ambil perhatian. Saya telah sediakan contoh soalan Bahasa Melayu kertas 2. Di dalam kertas soalan itu, diterangkan cara bagaimana hendak menjawab soalan dan membuat penulisan dengan baik dan sempurna. Mudah-mudahan dapat membantu murid-murid untuk menjawab soalan peperiksaan akhir tahun nanti. Jika ada sebarang masalah anda boleh bertanya dalam ruang diskusi.
Anda boleh muat turun latihan ini di dalam box yang disediakan di bawah. Selamat mencuba....

Thursday 20 October 2011

Lagi Latihan Bahasa Melayu Pemahaman

Assalamualaikum wbt,
Kepada semua murid Tahun 5, cikgu telah menyediakan latihan Bahasa Melayu Pemahaman untuk kali yang kedua. Anda dikehendaki menjawab kesemua soalan tersebut. Semoga dapat membantu murid-murid mencapai  'A' dalam mata pelajaran Bahasa Melayu Pemahaman. Selamat mencuba.
Anda boleh muat turun latihan di dalam box di bawah....

Sunday 16 October 2011

Latihan Bahasa Melayu Kertas 1

Assalamualaikum wrb,
Sila ambil perhatian. Kepada murid Tahun 5 SK Paya Bunga, anda boleh muat turun latihan Bahasa Melayu Kertas 1 sebagai persediaan sebelum peperiksaan akhir tahun. Untuk makluman semua, peperiksaan akhir tahun akan bermula pada 30 Oktober 2011. Selamat menduduki peperiksaan dan Selamat maju jaya.
Muat turun dalam Box di bawah...

Sunday 9 October 2011

Koleksi Latihan Tatabahasa

Assalamualaikum wrb.
Perhatian kepada murid Tahun 5 , cikgu telah menyediakan beberapa contoh latihan tatabahasa. Antaranya ialah antonim, sinonim, kata adjektif, imbuhan dan lain-lain lagi. Anda bolehlah menjawab soalan latihan yang diberikan untuk menguji kefahaman tajuk yang telah diajar. Anda boleh muat turun latihan tersebut di dalam box di bawah. Selamat menjawab...