Sunday 11 December 2011

Surat Kiriman Rasmi

Contoh Surat Rasmi 1
 
Soalan :Setiausaha Persatuan Bahasa Melayu, kamu dikehendaki menulis sepucuk surat kepada Guru Besar untuk memohon kebenaran mengadakan lawatan ke pameran buku.

Persatuan Bahasa Melayu,
Sekolah Kebangsaan Darau,
22000, Jerteh,
Terengganu.
_______________________________________________________________________________
Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Darau,
22000, Jerteh,
Terengganu.                                                               15 OKTOBER 2010  
          
Tuan,
Memohon Kebenaran Membuat Lawatan

Dengan segala hormatnya di maklumkan bahawa Persatuan Bahasa Melayu Sekolah Kebangsaan Darau akan mengadakan lawatan ke pameran buku yang bertempat di Kampung Raja, Besut.

2.     Surat kebenaran ibu bapa telah diedarkan  dan sudah pun  mendapat jawapannya. Sehubungan dengan itu, kami ingin memohon kebenaran daripada tuan untuk ke pameran tersebut.
 
  Untuk makluman tuan, berikut adalah butir-butir lawatan kami :

                        Tarikh : 17.10.2010
                        Masa   : 10.00 pagi
                        Ahli     : 21 orang termasuk 2 guru pengiring     
                                    
Kerjasama daripada tuan amat kami hargai.

Sekian, terima kasih.

Yang menjalankan tugas,
( NORAINI BT. IBRAHIM )
Setiausaha,
Persatuan Bahasa Melayu.



Contoh Surat Rasmi 2
 
Kelab Sains sekolah anda akan mengadakan  lawatan ke Stesen Penyiaran TV3 di Sri Pentas. Tuliskan sepucuk surat kepada pengarah stesen tersebut untuk memohon kebenaran.


Kelab Sains,
Sekolah Kebangsaan Darau,
22000, Jerteh,
Terengganu.
_______________________________________________________________________________
Pengarah,
Stesen Penyiaran TV3,
Sri Pentas,
50164 Kuala Lumpur.                                              18 OKTOBER 2010

Tuan,                                                   
Memohon Kebenaran Melawat Stesen Penyiaran TV3

Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa Kelab Sains Sekolah Kebangsaan Darau akan mengadakan lawatan ke Stesen Penyiaran TV3 di Sri Pentas.        
          
2.         Lawatan ini bertujuan untuk memberi pendedahan serta pengetahuan kepada murid-murid tentang cara-cara penerbitan dan penyiaran rancangan-rancangan di TV3.Tambahan pula televisyen merupakan satu alat komunikasi yang banyak memberi pengetahuan kepada murid-murid.
    
3.     Untuk makluman tuan, berikut adalah butir-butir lawatan kami:                       
Tarikh            : 25.11.2010
 Masa              : 10.30 pagi
             Ahli                : 39 orang termasuk 4 guru pengiring  
                                  
4.     Kami amat berbesar hati sekiranya tuan dapat memberikan jawapan dengan segera. Kerjasama daripada pihak tuan kami dahului dengan ribuan terima kasih.       

Sekian.                            

Yang menjalankan tugas,           

(UMMU ATIYAH BT. ABD. FATAH)
Setiausaha,
Kelab Sains.   


Contoh Surat Rasmi 3
 
Soalan : Kamu terbaca iklan tentang penerbitan baru beberapa buah buku cerita dalam surat khabar. Tuliskan sepucuk surat kepada pengurus pemasaran untuk memesan buku-buku tersebut.

Kampung Tanjung Alir,
22000, Jerteh,
Terengganu.
_____________________________________________________________________________
Pengurus Pemasaran,
Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.,
64 & 66, Jalan Pingai,
80400, Johor Bahru.                                              14 OKTOBER 1998

Tuan,
Memesan Buku

Merujuk kepada perkara di atas, saya Ummu Atiyah Bt. Abd. Fatah telah terbaca iklan dalam akhbar tentang beberapa buah buku cerita terbitan syarikat  tuan.

2.           Sehubungan itu, saya ingin memesan beberapa buah buku cerita tersebut seperti berikut :
   
     Bil.     Judul Buku                                  Kuantiti                   Harga Seunit
      1.      Misteri Kapal Tenggelam             1                                 RM      3.60
      2.      Misteri Patung George                  1                                RM      3.60
      3.      Rahsia Rumah Tua                        2                                 RM      4.00  
                                                                                    Jumlah          RM    11.20  
3.         Sehubungan dengan itu, saya sertakan kiriman wang pos bernombor 107 yang bernilai RM 11.20. Saya berharap agar pihak tuan dapat menyegerakan hantaran buku tersebut. Kerjasama daripada pihak tuan amat saya hargai.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

( UMMU ATIYAH BT. ABD. FATAH )

No comments:

Post a Comment